1/31/2013

APAM BERAS

 


 





BAHANNYA:
2 cwn Nasi
2 cwn Tepung gandum
2 cwn Tepung beras
1 cwn Gula perang
3/4 cwn Gula pasir
2 1/2 cwn Air
2 sk Yis kering
Kelapa parut yang dicampur garam - kukus sebentar
sedikit pewarna kegemaran

CARANYA:
1. Blend nasi dan air sehingga hancur. masukkan air sedikit demi sedikit. blend sampai betul betul hancur. setelah hancur campurkan gula perang dan gula pasir ke dalam blender. blend sehingga semuanya sebati
2.Didalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. tuangkan bahan cecair ke dalam tepung dan kacau hingga sebati.
3.perap selama 3 jam. Sekiranya ingin mewarnakan adunan...bolehla letak kan sedikit pewarna.
4.Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain untuk mengelakan air jatuh ke dalam apam. sapukan sedikit minyak ke dalam acuan. tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau sehingga apam masak.
5.hidang bersama kelapa parut yang telah dikukus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan