2/08/2013

ROTI BAKAR CELUP TELUR


ASSALAMUALAIKUM..
SALAM JUMAAT untuk yang beragama Islam 
SALAm 1 Malaysia dan salam sejahtera untuk yang non-muslim..

hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua cara buat roti bakar celup telur.
baru saja tadi saya buat roti bakar celup telur.cara nak buatnya simple je..perlukan barang yang sedikit saja dan waktu untuk membuatnya juga tak lama..kejap je dah boleh siap.Roti bakar celup telur ni sesuai dimakan untuk breakfast pagi dan minum petang..hari ni saya buat 3 jenis roti celup telur. 1 jenis dgn cara bakar celup telur cam biasa, celup telur lepas itu, taburkan sedikit gula atas roti yg ada telur tu, dan last sebelum celup roti dalam telur saya sapu margerin kat atas roti tersebut.kemudian barulah saya celup telur.

Bahannya:
-beberapa keping roti empat segi.
-telur 
-sedikit minyak untuk menggoreng
-margerin(saya guna daisy je)
-sedikit gula..

Caranya: 
1.panaskan kuali.
2. masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali.jangan banyak sangat minyak tu.
3.celup roti ke dalam telur.
---> i.celup roti dalam telur macam biasa je.
         ii. celup roti dalam telur then letak gula kat atas roti tadi.
         iii. sapukan margerin kat atas telur itu dan celup roti ke dalam telur.

4.goreng@ bakar roti itu ke atas kuali.gunakan api yang sederhana kecil jangan terlalu besar.
5.apabila nampak kekuningan dan garing,angkat dan hidangkan..

*** ada macam2 bentuk hidangan roti celup telur ni.
anda boleh makan bersama sosej dan sedikit sos pencicah.
***anda juga boleh makan dengan cara lain..untuk hilangkan boring makan roti celup telur sama je...anda boleh variasikan cara masakan yang lain jugak..samada letak kekacang atau lain-lain..

  ~SELAMAT MENCUBA~
~RESEPI RINGKAS TAPI PENUH KHASIAT UNTUK TENAGA~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan