2/06/2013

KETUPAT SOTONG


Marvelouss...sedap ni ketupat sotong. semasa dekat rumah di kelantan saya selalu suruh ma saya buatkan untuk kami adik beradik.ketupat sotong yang ma saya buat memang sedap..sedap sengoti..perghh...meleleh air liur saya bila ingatkan balik...So kat bawah ni.saya kongsikan dengan anda semua resepi untuk buat ketupat sotong ikut apa yang ma saya bagi tahu saya lah..

Resepi ketupat sotong..
Bahan-bahan :
1 kg sotong ( sedap yang bertelur )
250 gm pulut
250 gm santan pekat
250 gm nise(gula merah)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
1/2 cawan air


Cara membuat:
1. Bersihkan sotong. Masukkan pulut. Satukan kepala dengan badan dengan menggunakan lidi.
2. Masak gula merah dengan air dan tapiskan.
3. Masukkan gula merah yang telah ditapis ke dalam santan pekat.
4. Masukkan sedikit garam dan daun pandan.
5. Masukkan sotong ke dalam bahan-bahan tadi. Masak sotong sehingga ia kembung.

Yummy,,,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan