2/06/2013

RESEPI PIZA(FIZZA)

PIZA ni pun salah satu faveret future H saya jugak. dia suruh saya cari resepi kat internet dan nanti saya kena belajar buat. So saya akan belajar baut piza ni demi awak future H. Just for u...hahaha...



BAHAN-BAHAN DOH PIZA
250gm tepung roti
140ml air suam 
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin [boleh diganti dengan 2 sudu besar minyak zaitun]
Sedikit oregano

BAHAN TOPPING
4 batang sosej yang telah direbus
Sedikit hirisan lada benggala hijau dan merah
Sedikit hirisan bawang
Sedikit hirisan tomato
Sedikit keju mozarela atau keju campuran
Beberapa hirisan buah zaiton hitam
3 sudu besar sos tomato atau sos piza

CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
2. Lumur sedikit doh dengan marjerin atau mentega, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi mendapatkan adunan yang lembut dan elastik.
3. Selepas itu, keluarkan dari plastik dan uli lagi beberapa minit lagi dalam mangkuk adunan. Tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik pembungkus. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 1 jam.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik pembungkus dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan canai bulat.
5. Cucukkan dasar doh piza dengan garpu dan biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali sapu dasar piza dengan sos tomato dan tabur dengan hirisan sosej, lada benggala hijau/merah, tomato, hirisan buah zaiton dan bawang besar.
6. Akhir sekali taburkan keju mozarela, bakar pada suhu pada 180 darjah celcius selama 18-20 minit atau sehingga permukaan piza perang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan