2/06/2013

RESEPI MEE KARI ILA

saya suka makan mee kari nih..kakak saya ILA pernah masakkan untuk kami.dan rasanya memang sedap..saya ingat lagi yang mana waktu itu kami cakap dekat kakak kami itu yang kami hari itu tak nak makan nasi..dah bosan asyik makan nasi je..so kami tukar cara baru..hehe..kami suruh dia buatkan kami mee kari..so hari itu kami dapat lah jugak santap mee kari yang kak ILA buatkan,,hehe...untung2 bodek resepi jap pulak..so kat sini ada resepi nak buat mee kari ni saya amik dari dia..hehe..

RESEPI MEE KARI






BAHAN-BAHAN
Mi kuning secukupnya
1/2 kg santan
200gm bawang besar-dikisar
50gm bawang putih-dikisar
150gm cili kering-dikisar
50gm asam keping
50gm udang kering-dikisar
3 batang serai dititik
30gm isi kerang
30gm isi ayam
30gm isi udang
30gm tauge
30gm bendi
1 keping tauhu kering
gula dan garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama santan.
2. Kemudian masukkan udang kering,serai,kerang,isi ayam,udang,bendi dan tauhu kering.
3. Kacau lalu masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar sehingga mendidih.
4. Setelah kuah siap dimasak, masukkan mi dan taugeh serta daun hiasan dan cili  dan telur jika mahu] ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan