saya minat memasak.setiap hari saya memasak untuk diri saya dan juga orang lain.pelbagai resepi dari segenap pelusuk negeri saya terokai dan cuba masak kerana minat saya yang mendalam.Dalam blog ini saya kumpulkan aneka resepi dari bonda saya tercinta dan yang saya telah pelajari dan juga terdapat aneka resepi yang saya suka tapi belum cuba lagi tapi..saya akan cuba masak..hehe..sharing is caring..so semoga perkongsian resepi dalam blog ini bermanfaat untuk anda.
2/04/2013
AYAM MASAK MERAH
Ayam masak merah ini merupakan masakan kesukaan saya dan family.. Adik-adik saya terutamanya, mereka suka sangat.so tiap kali balik cuti semester dekat kelantan saya selalu masakkan untuk diorang.
lagipun untuk masak ayam masak merah nih kejap je..hah..lagi satu.sebenarnya kan..ayam masak merah atau ayam goreng pedas sebenarnya sama.cuma nama je berbeza.
Bahan-bahanya:
*1/2 kg ayam-dipotong kecik2 dan diperap bersama garam dan kunyit.
*5 biji cli kering dikisar
*8 ulas bawang merah dikisar
*2 ulas bawang putih dikisar
*1 battang serai dipotong nipis dan dikisar
*1cm halia
*1/2 biji bawang besar dihiris
*2 sudu makan sos tiram
*1 sudu makan gula
*1/2 sudu makan kicap
*1biji cili hijau@ merah dihiris
*sedikit bahan perasa
*garam secukup rasa
*minyak masak
cara memasak:
1.goreng ayam sehingga separuh masak.ketepikan.
2.panaskan minyak.tumus bahan kisar hingga naik minyak.tambah iar jika perlu.
3.setelah itu masukkan sos tomato, kicap,gula sedikit bahan perasa dan garam.kacau rata.
4.last, masukkan ayam, cili hijau dan hirisan bawang.gaul sehingga ayam masak dan wangi.
5.sedia untuk dihidang.
#untuk tambahkan wangi lagi potong nipis-nipis daun limau purut dan taburkan di atas ayam itu..bagi nampak wangi dan jugak cantik..
#selamat mencuba. =)
#
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan