1/31/2013

Apam polkadot Norly

 ini adalah antara gambar-gambar apam polkadot yang saya pernah buat dan jual. semasa di semester 4 hingga semester 7 yang lepas saya ada bukak bisnes apam ni..saya jual secara online. ada ramai jugak la yang support antaranya rakan-rakan negeri saya, rakan-rakan dekat kolej saya, family dan rakan-rakan merata jugak lah. ramai yang tempah dengan saya..tapi sayangnya naik semester 8 saya dah berhenti dari menjual apam polkadot ini sebab saya student lagi dan semester depan saya akan praktikal..jadi dah takda masa nak buat bisnes ni lagi..

Okey sekarang ni saya nak kongsikan dengan friends semua pasal resepi apam polkadot saya yang ni..so jom kita tengok bahan-bahannya..
 
Bahan A
3 bj Telur - sejuk
220 gm Gula kaster - sejuk
1 sk Ovalette - sejuk
Bahan B
3/4 cwn Susu segar - sejuk
255 gm Tepung gandum - ayak
1 sk Serbuk penaik - ayak
Bahan Lain
Blueberry filling, chocolate filling, strawberry jam
Pewarna
Untuk menghasilkan warna hitam aku campurkan merah + Biru + Chocolate emulco
Sejukkan besi pemutar.
  1. Pukul bahan A hingga putih dan kembang. pastikan adunan pada ketika ini sangat likat.
  2. Bila adunan dah cukup likat, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul pada kelajuan perlahan. pastikan apabila meletakkan tepung, tunggu sehingga tepung hilang dalam adunan baru lah diletakkan tepung lagi.
  4. Bahagikan adunan kepada warna pilihan.
  5. letakkan paper cup kedalam acuan lompang. tuangkan adunan ke dalam papercup hampir penuh. kemudian isikan filling. dan tuangkan lagi adunan sehingga penuh paper cup.
  6. Kukus apam selama 15 minit.
     
    >.< dah ambil resepi kan..so cubalah buatnya pula..gud luck ya>.<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan