saya minat memasak.setiap hari saya memasak untuk diri saya dan juga orang lain.pelbagai resepi dari segenap pelusuk negeri saya terokai dan cuba masak kerana minat saya yang mendalam.Dalam blog ini saya kumpulkan aneka resepi dari bonda saya tercinta dan yang saya telah pelajari dan juga terdapat aneka resepi yang saya suka tapi belum cuba lagi tapi..saya akan cuba masak..hehe..sharing is caring..so semoga perkongsian resepi dalam blog ini bermanfaat untuk anda.
1/31/2013
Apam GuLa HanGus
1 cwn Gula
1 cwn Air
2 biji Telur
1/2 cwn Minyak masak
2 tbsp Margarine
2 tbsp Susu pekat manis
1 tsp Soda Bicarbonat
1 1/2 cwn Tepung Gandum
cara-caranya:
1.Mula-mula sekali buat gula hangus. masak gula sampai cair dan warna nya coklat. pastu masuk kan air. masa mula2 masuk kan air tu gula akan mengeras. jangan risau terus kan mengacau sampai gula semuanya larut dalam air. biarkan sejuk.
2.nak buat adunan nye pulak pun mudah. bancuhan buat dalam blender. masukan telur, susu, minyak masak, margarine. on blender. biar kan di blend sampai sebati.
3.masukkan gula hangus tadi yang telah sejuk. Blend lagi.
4.pastu masukkan soda bicarbonat dan tepung. blend sampai sebati
5.Then, boleh la masukan dalam acuan. dan kukus sehingga masak. macam tadi aku buat guna acuan lompang yang kaler merah. saiz lompang tu ada 2. aku guna yang besar sket dari biasa tu. lebih kurang 15 minit je nak kukus. boleh dapat 30 biji
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan